BACHOK: Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) terpaksa mengangguhkan seketika kerja-kerja penanaman kenaf untuk musim ini susulan kemarau yang dibimbangi boleh menjejaskan tumbesaran tamanan berkenaan.
Pengerusinya, walaupun mempunyai sistem pengairan yang telah disediakan namun tanaman itu masih memerlukan hujan.
“Bagaimanapun, program pembangunan kenaf diatas tanah seluas 1,232.4 hektar melibatkan 649 penanam akan diteruskan.
“Kita akan menyediakan sistem pengairan sekiranya kemarau berpanjangan sehingga Julai depan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pejabat Baharu LKTN Wilayah Timur, di Kampung Teluk, di sini hari ini.
Dalam perkembangan sama, Wan Abdul Rahim memberitahu, pelaksaan penanaman kenaf di kawasan perkembangan Orang Asli terpaksa ditangguhkan selepas berdepan kesukaran masuk jentera yang diperlukan di kawasan itu.
Katanya, LKTN akan mencari kaedah sesuai bagi memastikan hasrat tersebut mampu dicapai dengan sebaik mungkin.
“Kami (LKTN) menyasarkan peningkatan 700 pemanam kenaf seluruh negara membabitkan keluasan sehingga 2,500 hektar pada tahun ini.
“Ini termasuk penanaman yang akan dilaksanakan di kawasan Stong, Kuala Krai,” ujarnya-UTUSAN









