KOTA TINGGI: Sebanyak 56.77 peratus atau 1,529,611 daripada lebih 2.6 juta pengundi, telah menunaikan tanggungjawab masing-masing sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat pukul 3 petang tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook berkata,, Dewan Undangan Negeri (DUN) Semarang dan Sri Medan, masing-masing mendahului peratusan keluar mengundi sebanyak 66.1 peratus dan 64.4 peratus, diikuti Penawar pada kadar 64.2peratus.
Sementara itu, DUN Penggaram merekodkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 48.8 peratus peratus, diikuti Bentayan (49 peratus) dan Perling (50.3 peratus).
Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh yang sama pada PRN Johor ke-15 ialah 45.39 peratus atau 1,168,809 orang daripada lebih 2.5 juta pengundi.
Peratusan keluar mengundi keseluruhan pada PRN 2022 ialah 54.92 peratus. – UTUSAN









