Lelaki dikhuatiri lemas bot terbalik semasa angkat bubu

Lelaki dikhuatiri lemas bot terbalik semasa angkat bubu

SAIDATUL Nur Hanisa Saidi menunjukkan gambar ayahnya yang dikhuatiri hilang selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Kutan Hulu, Wakaf Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari botnya semasa sedang mengangkat bubu di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Kutan Sungai, Wakaf Bharu, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 10.17 pagi itu berlaku ketika mangsa Saidi Che Hasan,51, menaiki bot berkenaan secara seorang diri.

Isteri mangsa, Zuhaidah Mohamad Salleh, 44, berkata, suaminya itu keluar dari kira-kira pukul 9.30 pagi untuk mengangkat bubu yang dipasang awal pagi tadi.

Katanya, pekerja pam pasir berhampiran sungai itu menyedari suaminya tiada selepas mendapati bot itu hanyut tanpa pengemudi.

“Pekerja terbabit memaklumkan kejadian itu kepada penduduk kampung sebelum ada antara mereka menghubungi pihak bomba.

“Suami saya pandai berenang dan memang sudah lama bekerja sebagai nelayan yang menangkap udang,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menceritakan lebih lanjut, Zuraidah memberitahu, dia melihat terdapat kesan darah di bahagian dalam bot.

Katanya, dia beranggapan ada anggota badan suaminya terkena hentakan komponen pada enjin bot tersebut yang sudah rosak.

“Tiga hari lalu, suami ada memaklumkan bahawa enjin bot tersebut mengalami kerosakan. Saya mengetahui suami hilang kira-kira pukul 10.30 pagi tadi ketika sedang bersiap untuk berniaga menjual pisang goreng.

“Saya terus bergegas ke lokasi dan melihat bot yang dinaiki suami sudah dibawa ke jeti Kampung Kutan Sungai,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan  Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.17 pagi apabila bot yang dinaiki mangsa dipercayai terbalik.

Menurutnya, seramai 13 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor, Tumpat bergegas ke lokasi.

“Setakat ini, mangsa masih belum ditemui. Operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dijalankan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Balai Bomba dan Penyelamat Kelantan di Tunjong, Kota Bharu hari ini.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya