PETALING JAYA: Laporan penuh nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak, pada 23 April lalu, akan dikeluarkan pada selewat-lewatnya minggu depan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ketika ini, laporan penuh berkaitan nahas tersebut masih lagi dalam proses dimuktamadkan. “Tidak lama lagi akan kita keluarkan. Mungkin akhir minggu depan. Ia sedang dimuktamadkan,” katanya selepas pada Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia dan Sijil Perhebat di Kompleks Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera, Kem Sungai Buloh. Berdasarkan laporan awal Lembaga Siasatan TLDM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya