Kontraktor hasilkan padi bebas racun, baja - Utusan Malaysia

Kontraktor hasilkan padi bebas racun, baja

PADI yang diusahakan Mohd. Yusri Mohammad Nor subur walaupun kemarau melanda Kampung Lubok Jambu, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang kontraktor jalan raya dari Kampung Lubok Jambu di sini membuktikan padi berkonsepkan semula jadi iaitu bebas daripada penggunaan racun dan baja mampu hidup subur dan mengeluarkan hasil lumayan.

Menariknya, padi dari jenis varieti MR297 yang ditanam di tanah seluas empat hektar itu menggunakan kaedah tradisional seperti mencedung dan melandak selain bergantung sepenuhnya kepada air.

Mohd. Yusri Mohammad Nor, 49, berkata, ini merupakan musim kedua padi yang diusahakannya itu mengeluarkan hasil.

Menurutnya, musim pertama lalu dia memperoleh hasil sebanyak dua tan selepas mendapat tunjuk ajar pesawah dari Indonesia, Aep Saepudin.

“Walaupun padi di kawasan berhampiran tidak menjadi disebabkan oleh masalah air, alhamdulillah hasil tanaman saya masih tumbuh dengan segar.

“Saya menyediakan sumber air dari telaga tiub dan sistem sendiri bagi memastikan ia mencukupi walaupun musim kemarau,” katanya ketika ditemui pemberita di Baruh Padi Alami di sini hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN