Khawla bukan beban tetapi satu tanggungjawab - Ernie Zakri

Khawla bukan beban tetapi satu tanggungjawab – Ernie Zakri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan artis terkenal, Ernie Zakri menegaskan bahawa anak sulungnya, Nur Khawla Soleha bukan merupakan satu beban malah tanggungjawab terbesar dalam kehidupannya.

Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 31, ketika ditemui berkata, walaupun kini bergiat aktif dalam industri seni dan perniagaan, dia tidak pernah melupakan tugasnya sebagai seorang ibu.

“Kadang-kadang kita terlalu sibuk dengan kerjaya sampai kita merasakan tanggungjawab dan situasi itu berubah-ubah sehingga menjadi skala yang lebih besar.

“Tambah-tambah, bila kita dah ada anak dan masih lagi aktif dalam industri muzik dan lakonan,” ujarnya selepas pelancaran produk Zeleb+ NMN di Arena Watson HQ, semalam.

Penyanyi Ku Bersuara yang sentiasa berfikiran positif itu, beranggapan bahawa, anaknya merupakan satu semangat kepada kehidupannya sehingga dia mampu berdiri mendepani apa juga dugaan.

“Mungkin disebabkan kehadiran Khawla, saya nak buat semua benda jadi menarik.

“Saya bekerja untuk dia dan apa yang saya buat harini semua untuk dia. Saya berada di sini penat-penat pun semua demi dia,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN