JOHOR BAHRU: Kereta Honda City Hatchback milik pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim yang diserang dua lelaki bermotosikal malam tadi tidak dilengkapi dengan dashcam. Ini menyebabkan polis tidak dapat memperoleh bukti penting yang merakam insiden pemain veteran JDT itu ketika berdepan detik cemas didatangi dua individu yang menunjukkan tukul besi ke arahnya selepas memecahkan cermin kereta. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lokasi kejadian…










