Kereta perisai, dron perkukuhkan kawalan keselamatan di Sungai Golok

Kereta perisai, dron perkukuhkan kawalan keselamatan di Sungai Golok

BRIGED Tenggara PGA menggunakan kereta perisai semasa melakukan rondaan di sempadan Malaysia-Thailand di Sungai Golok, Rantau Panjang, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) memperkukuhkan lagi kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini khususnya di sepanjang Sungai Golok dengan menggerakan kereta perisai dan penggunaan dron.

Timbalan Komandernya Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, rondaan yang bermula dari Pos Ular di Pengkalan Kubor, Tumpat sehingga Pos Ibrahim Pencen di sini itu bertujuan mengembalikan semula kepercayaan orang awam terhadap tahap keselamatan sempadan negara.

Menurutnya, pada masa sama ia dapat memberi gambaran kesiapsiagaan pasukan itu berdepan sebarang ancaman sepanjang penugasan di sempadan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan.

“Rondaan ini menggunakan kereta perisai jenis Commando V150. Kita gerakan aset ini susulan insiden letupan yang berlaku di Selatan Thailand pada 29 April lalu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hakemal memberitahu, selain itu pihaknya turut menggerakan unit dron dalam mengukuhkan lagi kawalan melalui udara.

Katanya, unit berkenaan akan membuat pemantauan dan mengesan sebarang pergerakan berkait ativiti rentas sempadan.

Media sebelum ini melaporkan, sebelum ini melaporkan, insiden letupan bom dan berbalas tembakan itu mengakibatkan empat anggota polis Thailand di Balai Polis Sungai Golok, Wilayah Narathiwat cedera.

Sumber memaklumkan, keempat-empat anggota polis itu berada dalam keadaan stabil susulan kejadian tersebut.

“Difahamkan, kumpulan (penyerang) terbabit memang menyasarkan anggota keselamatan Thailand yang berada di balai polis tersebut,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×