ISKANDAR PUTERI: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini tidak menghalang warganegara asing menjalankan aktiviti perniagaan selagi nama mereka terdapat dalam maklumat pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Mohd. Jafni Md. Shukor berkata, hingga kini tiada sebarang sekatan atau halangan daripada pihak SSM dalam membenarkan warganegara asing untuk mendaftar perniagaan mereka. “Sebagaimana ditetapkan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian, tiada halangan bagi…










