Jerat mangsa pelaburan saham menerusi TikTok - Utusan Malaysia

Jerat mangsa pelaburan saham menerusi TikTok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis membongkar kegiatan satu sindiket penipuan pelaburan yang aktif menggunakan khidmat pengajar dan hos di TikTok bagi menjerat mangsa tumpas dalam serbuan polis, di Petaling Jaya, Selangor, 25 April lalu.

Kegiatan itu terbongkar selepas serbuan dijalankan di dua premis pejabat dan berjaya menahan lapan individu termasuk dua wanita berusia lingkungan 21 hingga 43 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pelbagai barang kes antaranya tujuh komputer riba, 11 telefon bimbit, 1 router, seikat wang palsu USD Dollar serta 10 replika jongkong emas telah dirampas.

Kata beliu, siasatan mendapati sindiket disyaki menjalankan aktiviti penipuan pelaburan secara dalam talian yang mensasarkan warga Malaysia.

“Premis tersebut telah dijadikan sebagai pusat khidmat pelanggan selain turut digunakan sebagai pusat pengiklanan dan promosi pelaburan menggunakan aplikasi TikTok,” katanya dalam sidang akhbar di sini Menara KPJ di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ramli berkata, suspek yang ditahan berperanan selaku pengarah syarikat, pengurus, moderator, tenaga pengajar, editor dan ‘hos live TikTok’.

Katanya,siasatan yang dijalankan mendapati sindiket mempromosi urus niaga pasaran saham yang didakwa beroperasi di Hong Kong.

“Pelabur yang berminat akan dimasukkan ke dalam group Telegram dan diajar untuk melakukan urus niaga jual beli saham tersebut melalui laman web yang diberikan oleh pihak sindiket.

“Dipercayai kegiatan ini telah aktif sejak Ogos tahun lalu dan kea kini sedang disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×