PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menegaskan tiada perbincangan diadakan untuk membuka Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada bukan bumiputera seperti mana didakwa pihak tertentu. Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata, isu tersebut sengaja dijadikan polemik dan dimainkan oleh pihak tertentu. Menurut beliau, pihak tersebut cuba mengganggu-gugat polisi serta objektif asal penubuhan UiTM sekaligus menimbulkan kecelaruan dan perbalahan pelbagai pihak. “Saya ingin memaklumkan sekali lagi dengan tegasnya bahawa isu…










