SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) bersama Institut Jantung Negara (IJN) disaran membentuk kerjasama dengan Universiti Malaya (UM) bagi menyelesaikan isu tujuh pengamal perubatan yang didakwa ‘terkandas’ selepas program parallel pathway kardiotorasik mereka tidak diiktiraf. Kerjasama tersebut melibatkan proses pembelajaran sedia ada selain menyediakan persiapan menubuhkan program kepakaran pembedahan kardiotorasik IJN di UM dan mendapat kelulusan daripada badan pengiktirafan dalam negara termasuk Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Ini kerana, program sedia…