Hotel jemaah dengan Masjid Nabawi cuma 150 meter

Hotel jemaah dengan Masjid Nabawi cuma 150 meter

Hotel Emaar Royal antara tempat penginapan para jemaah haji Malaysia di Madinah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADINAH: Kedudukan tempat penginapan dengan Masjid Nabawi menjadi kelebihan buat jemaah haji terutama golongan tua dan orang kurang upaya (OKU) berulang-alik.

Pengurus Pusat Pengurusan Zon 2 Madinah, Imran Moha­mad Hayat berkata, kedudukan hotel yang terletak kira-kira 150 meter secara tidak langsung boleh dimanfaatkan jemaah haji lebih mudah dan selesa untuk beribadat dan beriktikaf di masjid berkenaan.

Oleh itu, menurut beliau, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sudah bersedia sepenuh­nya untuk menerima jemaah le­bih ramai yang mula tiba di Madinah hari ini.

“Kapasiti di sini (Emaar Royal Hotel Al-Madina) seramai 3,000. Begitu juga di dua buah hotel lagi di zon satu. Jarak hotel-hotel ini ke masjid kira-kira 150 meter sahaja dan mengambil masa lima minit perjalanan memudahkan jemaah terutama untuk mereka yang berusia dan golongan OKU.

“Untuk jemaah berusia, pi­hak pengurusan zon juga menyediakan kerusi roda lebih-lebih untuk mereka yang menghadapi masalah untuk bergerak ke masjid,” katanya ketika ditemui pemberita semalam.

Pusat pengurusan zon satu terdiri daripada hotel Movenpick dan Hotel Al Saja manakala zon dua mempunyai sebuah hotel iaitu Emaar Royal Hotel Al-Madina

Kata Imran, setiap zon juga menyediakan petugas kesihatan yang memberikan perkhidmatan kesihatan serta pembimbing ibadah haji Tanah Suci dan makanan secara bungkus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN