SEREMBAN: Taktik sindiket pengedaran dadah menggunakan bungkusan plastik berlogo durian untuk menyembunyikan 154 kilogram dadah methamphetamine bernilai RM5 juta berjaya ditumpaskan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Pemangku Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan dan Pematuhan), Ribuan Abdullah berkata, berdasarkan siasatan awal, modus operandi sindiket dadah itu adalah mengedar dadah yang diperoleh dari utara untuk dibawa ke Lembah Klang melalui jalan darat dengan pergerakan menggunakan khidmat ‘tonto’. Menurut Ribuan, kegiatan sindiket itu…










