Bukit Aman siasat kenyataan Chef Wan didakwa bersifat perkauman - Utusan Malaysia

Bukit Aman siasat kenyataan Chef Wan didakwa bersifat perkauman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Satu siasatan dijalankan polis terhadap Chef selebriti terkenal, Chef Wan berhubung hantaran di media sosial yang didakwa bersifat perkauman membabitkan bintang tersohor, Aishwarya Rai baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya mengesahkan berkaitan laporan yang dibuat membabitkan selebriti terbabit.

“Laporan berkaitan perkara terbabit diterima pada 24 Mei lalu dan siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman,” katanya di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun menerusi laporan Mingguan Wanita, Chef Wan secara peribadi meminta maaf di atas kenyataan komen dikeluarkannya.

Baru-baru ini, tular di media sosial hantaran di media sosial yang bersifat perkauman membabitkan bintang tersohor, Aishwarya Rai.

Menerusi komen terbabit Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail didakwa memuat naik komen dengan berkata, gaun yang dipakai bekas ratu cantik di karpet merah di Festival Filem Cannes itu seperti membawa kavadi ke upacara Thaipusam di Batu Caves.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini