SERAMAI 13 pegawai dan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Bomba Sedunia di puncak Bukit Keluang, Besut, baru-baru ini. Ketua Zon 1 JBPM Terengganu, Yusmaredza Mirza Mohamed Ali berkata, Jalur Gemilang tersebut dikibarkan bersama bendera-bendera JBPM dan Terengganu pada ketinggian lebih 300 meter dari aras laut. Menurutnya, kibaran Jalur Gemilang itu dilaksanakan oleh anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Besut dan…










