Anwar umum Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan - Utusan Malaysia

Anwar umum Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelan Strategik Semikonduktor Kebangsaan (NSS) yang bertujuan memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih bagi industri strategik itu menggariskan tiga fasa dan lima sasaran.

Antara intipati pelan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Malaysia mahu menarik pelaburan sekurang-kurangnya RM500 bilion.

Perdana Menteri berkata, hala tuju direka bentuk itu untuk memupuk kerjasama dengan syarikat di seluruh ASEAN, Asia, dan peringkat global.

Katanya, fasa pertama melibatkan pembinaan asas dan kedua mengenai bergerak ke sempadan serta ketiga, inovasi.

“Untuk kekal fleksibel dan tangkas, NSS akan menjadi satu dokumen yang berkembang mengikut keperluan.

“Tetapi kami tetap teguh dengan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai pemain global utama dalam teknologi boleh diakses untuk semua, yang boleh dikuasai oleh semua industri semikonduktor,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Persidangan Semicon Southeast Asia 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini hari ini.

Katanya, sebanyak lima sasaran telah dikenalpasti untuk memastikan pelan itu mencapai sasaran.

Kata Anwar, antaranya adalah pelaburan dengan sekurang-kurangnya RM500 billion menerusi Pelaburan Langsung Domestik (DDI) dan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

Seterusnya kata beliau, Malaysia mahu melahirkan 10 syarikat dalam bidang reka bentuk dan pembungkusan termaju dengan hasil antara RM1 bilion hingga RM 4.7 bilion dan sekurang-kurangnya 100 berkaitan semikonduktor syarikat dengan pendapatan hampir RM1 bilion

Selain itu katanya, mewujudkan gaji yang lebih tinggi untuk rakyat Malaysia.

“Seterusnya sokongan fiskal. Memperuntukkan sekurang-kurangnya RM25 bilion dalam sokongan fiskal untuk mengoperasikan NSS dengan insentif yang disasarkan. Butirannya akan diumumkan oleh MITI tidak lama lagi,” katanya.

Kata Anwar, bagi memastikan komitmen Malaysia menjadi negara peneraju semikonduktor, Pasukan Khas Strategik Semikonduktor dan Crest akan bertindak sebagai sekretariat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×