PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyuarakan rasa simpati dan sedih berikutan bencana banjir yang melanda wilayah Rio Grande do Sul, di selatan Brazil.
Anwar Ibrahim berkata, Malaysia sedia menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa bencana
“Ingatan dan doa kami bersama rakyat Brazil terutamanya mereka yang terjejas,” kata dalam satu hantaran di Facebooknya buat Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva.
Selain itu beliau turut mendoakan semoga urusan dan operasi mencari dan menyelamat mangsa banjir di Rio Grande do sul berjalan lancar dan Brazil kembali pulih serta gagah.
Rio Grande do Sul mengalami cuaca buruk yang ekstrem tahun ini berikutan dilanda sembilan taufan tahun lepas yang meragut lebih 100 nyawa akibat banjir dan tanah runtuh.
Sehingga Rabu, dilaporkan jumlah kematian akibat banjir besar ini mencecah 100, dengan ratusan lagi hilang manakala 107,600 orang terpaksa berpindah ke kawasan selamat di 334 daripada 496 bandar di wilayah itu.
Banjir itu direkodkan sebagai bencana paling buruk kerana menjejaskan lebih separuh daripada 497 bandar di negeri itu, manakala 24,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.
Untuk rekod, ini adalah bencana kali keempat dalam tempoh setahun selepas banjir berlaku pada Julai, September dan November tahun lalu yang mengorbankan 75 orang.










