MELAKA: Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim meminta masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi ekoran insiden malang menimpa pemain sayap Harimau Malaya, Faisal Halim yang disimbah asid baru-baru ini. Menurutnya, kementerian tidak akan melayan sebarang khabar angin yang ditimbulkan oleh mana-mana pihak dalam media sosial, kerana ia hanya mengeruhkan keadaan. “Saya harap perkara ini kita serahkan pada pihak berkuasa dan biar pihak berkuasa dapat menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya.…










