SEREMBAN: Terdapat 15 buah sekolah di Negeri Sembilan yang memiliki bangunan kantin tetapi tidak mempunyai pengusaha kantin atau pembekal makanan susulan enrolmen murid di sekolah terbabit yang rendah. Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan negeri, Datuk Ismail Lasim memberitahu, jumlah enrolmen murid itu menyebabkan tidak ada pengusaha kantin yang bersedia memasuki tender kerana margin keuntungan dan kuasa membeli murid adalah sangat kecil. Selain itu, kata beliau, terdapat tujuh buah…










