Syed Hidayat sedia jika dipilih jadi calon

Syed Hidayat sedia jika dipilih jadi calon

KERUSI DUN Kuala Kubu Bharu kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa nama calon yang dise­but-sebut bakal mewakili Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu bersedia jika dipilih menjadi calon.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Syed Hidayat Syed Hassan berkata, apa sahaja keputusan di dalam karnival demokrasi ini perlu diterima dengan hati yang terbuka.

“Apa pun, kami semua sentiasa bersedia pada bila-bila masa saja dan apa pun keputusannya, perpaduan antara masyarakat haruslah dipelihara,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sendiri masih belum membincangkan soal calon PH pada PRK tersebut dengan sesiapa setakat ini.

“Saya belum berbincang dengan sesiapa mengenai perkara itu (calon PRK DUN Kuala Kubu Bharu),” katanya.

Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong pada 21 Mac lalu.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Saripah Bakar berkata, setakat ini beliau masih belum menerima sebarang perkembangan atau panggilan dari pucuk pimpinan parti itu.

“Saya belum dapat apa-apa perkembangan lagi berkenaan perkara tersebut dan masih belum pasti lagi siapa calonnya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN