Selangor kumpul RM2 juta bantu bangun semula Gaza

Selangor kumpul RM2 juta bantu bangun semula Gaza

Selangor kupul dana untuk membantu membangunkan semula Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih RM2 juta berjaya dikumpul melalui Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza iaitu inisiatif Kerajaan Selangor untuk membantu membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menyasarkan kutipan RM8.7 juta untuk dimanfaatkan melalui pelaksanaan beberapa projek pembangunan seperti pembinaan Apartmen Darul Ehsan, Masjid Darul Ehsan dan Menara Tangki Air Darul Ehsan di Gaza.

Menurut beliau, dengan jumlah dikumpulkan tersebut kerajaan negeri kagum dengan sikap pemurah masyarakat yang menyokong inisiatif Selangor membangunkan semula wilayah itu.

“Semoga semangat keinsanan dan kemanusiaan yang tinggi ini akan terus mekar dalam diri kita, tidak hanya terhad di dalam negeri dan lokaliti kita ataupun orang yang kita kenali, sebaliknya dengan semangat kemanusiaan sejagat yang membawa kemakmuran serta kebahagiaan,” kata Amirudin menerusi Facebook beliau hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berharap, Hari Raya Aidilfitri kali ini bakal memberikan kesan terhadap jiwa dan perilaku setiap individu, sekali gus diterjemahkan dalam kehidupan harian. – Kutipan hasil Selangor cecah RM2.571 bilion.

Terdahulu Tabung Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza dilancarkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 28 Mac lalu.
Tabung tersebut antara inisiatif kerajaan Selangor bagi membangunkan semula wilayah Gaza di Palestin.

Ketika pelancaran Sultan Selangor bertitah Pembangunan Ehsan Selangor-Gaza, yang dijalankan dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), melibatkan tiga projek pembangunan di atas tanah wakaf di Gaza, yang memerlukan dana berjumlah RM8.7 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN