SEREMBAN: Penganjuran Sukan Malaysia Ke-21 (Sukma XXI) dan Para Sukma di Sarawak pada Ogos ini dijangka menelan belanja hampir RM300 juta. Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kos itu melibatkan kerja menaik taraf fasiliti sukan, penganjuran, logistik dan beberapa perbelanjaan lain. Katanya, kerajaan negeri berharap sebahagian kos itu akan ditanggung oleh kerajaan Pusat melalui peruntukan untuk sukan tempatan secara dwitahunan itu. “Kami…










