RM10,000 hasil jualan sawit hangus dalam kebakaran

RM10,000 hasil jualan sawit hangus dalam kebakaran

Sebahagian wang jualan sawit yang hangus dalam kebakaran rumah di Kampung Damak, Jerantut, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT:  Seorang wanita berputih mata apabila wang tunai RM10,000 hasil jualan sawit yang disimpan di dalam bilik, hangus dalam kebakaran membabitkan sebuah buah di  Jalan Jerantut – Benta, Kampung Damak kira-kira pukul 6.15  pagi ini.

Selain wang tunai, barang kemas dianggarkan bernilai RM15,000, pakaian raya, dokumen penting, peralatan rumah dianggarkan kira-kira RM100,000 turut musnah

Kebakaran turut mengorbankan 15 ekor kucing dan 10 ekor burung peliharaan yang tidak sempat diselamatkan oleh penghuni rumah berkenaan.

Menurut penghuni rumah berkenaan, Faridah Majid, 46, wang tersebut milik ibunya, Mekalthom Awang, 80, hasil jualan sawit sehari sebelum Hari Raya dan tidak sempat dimasukkan ke dalam bank.

“Wang itu jualan sawit sehari sebelum Hari Raya dan rumah pula jauh, kira-kira 40 kilometer dari pekan Jerantut,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Katanya, ketika kebakaran, ibunya berada di rumah kakaknya di Kampung berdekatan dan dia pula tidak sempat menyelamatkan harta benda dan dokumen penting dalam kejadian tersebut.

“Saya baru selesai solat Subuh, dan bergegas ke luar sebaik melihat percikan api, dipercayai litar pintas,  di bahagian tengah rumah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN