Rehat secukupnya elak kecelakaan jalan raya - Utusan Malaysia

Rehat secukupnya elak kecelakaan jalan raya

YAHAYA Othman (kanan) beramah mesra dan mengedarkan goodies kepada pengguna jalan raya pada Kempen OP Selamat sempena sambutan perayaan Aidilfitri 2024 di stesen minyak Shell Padang Tengku di Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Perantau yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini dinasihatkan agar mendapatkan rehat secukupnya.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, ia bagi mengelakkan keletihan serta terlelap yang boleh membawa kepada kecelakaan jalan raya.

“Seperti kita sedia maklum jumlah kenderaan bertambah ekoran pengguna jalan raya berpusu-pusu pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri.

“Justeru itu, pengguna jalan raya perlu mendapatkan rehat yang cukup dan paling penting tidak menggunakan telefon ketika memandu.

“Selain itu, mereka juga perlu pastikan kenderaan dalam keadaan baik dan sudah diservis untuk mengelak tragedi di tengah jalan,” katanya pada Kempen OP Selamat sempena sambutan perayaan Aidilfitri 2024 anjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Pahang bersama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lipis di stesen minyak Shell Padang Tengku di sini semalam.

Sempena program itu Yahaya turut menyantuni pengguna jalan raya serta mengedarkan 100 goodies yang mengandungi pamplet keselamatan jalan raya, pencegahan jenayah dan kudapan ringan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN