Pukul kawan isteri kerana cemburu - Utusan Malaysia

Pukul kawan isteri kerana cemburu

TANGKAP layar seorang lelaki memukul mangsa dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Bukit Indah, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Gara-gara cemburu, seorang lelaki bertindak menyerang dan memukul seorang lelaki yang merupakan kawan isterinya di sebuah stesen minyak di Bukit Indah, Taman Bukit Indah dekat sini, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitenden Ibrahim Mat Som berkata, pengadu berusia 26 tahun tampil membuat laporan mendakwa telah dipukul oleh suami kepada kawannya.

Susulan itu, pihaknya telah menahan suspek berusia 35 tahun di Lebuhraya Kota Iskandar, di sini pada pukul 12 tengah hari tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita telah menerima laporan mangsa berhubung kejadian yang tular itu dan berjaya membuat tangkapan. Suspek juga ada membuat laporan polis. Hasil soal siasat ke atas pengadu dan suspek mendapati kejadian itu berpunca daripada sikap cemburu,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 46 saat tular dalam media sosial memaparkan suspek  bertindak menumbuk dan menendang isterinya dan pengadu tanpa menghiraukan orang awam di kawasan tersebut. 

Mangsa ditumbuk berkali-kali pada bahagian kepala dan mengasari wanita berkenaan dengan menarik rambut mangsa sehingga terjatuh.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×