TEMERLOH: Proses menaik taraf stadium Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) yang dipilih sebagai venue utama saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini membabitkan skuad Sri Pahang FC dijangka siap sepenuhnya sebelum 3 Mei ini. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Fadzli Mohamad Kamal berkata, stadium MPT dipilih bagi menggantikan Stadium Darul Makmur yang sedang dibaiki dan diselenggara padang bagi mengekalkan ikon bandar Kuantan. Menurutnya,…