Perantau tempuh perjalanan 6 jam dari Kota Bharu ke Gua Musang 

Perantau tempuh perjalanan 6 jam dari Kota Bharu ke Gua Musang 

ALIRAN trafik perlahan di susur masuk pembinaan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dekat Bandar Baru, Gua Musang, Kelantan.UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Anak-anak Kelantan di perantauan terpaksa menempuh perjalanan selama enam jam dari Kota Bharu ke Gua Musang untuk pulang ke ibu kota ekoran aliran trafik bertukar menjadi perlahan di jalan utama Gua Musang-Kuala Krai dan Gua Musang-Kuala Lipis hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia setakat pukul 5 petang tadi mendapati, jumlah kenderaan bertambah sejak kelmarin dan dijangka keadaan itu berterusan sehingga esok.

Seorang pengguna jalan raya, Mustafa Ali Mohamad, 39, berkata, dia memilih untuk pulang ke Kuala Lumpur hari ini kerana akan kembali bekerja pada Isnin.

Katanya, aliran trafik perlahan di laluan Jalan Machang ke Kuala Krai kerana kenderaan bertambah.

“Saya bertolak dari Kota Bharu kira-kira pukul  10 pagi dan sampai di Hentian Gua Musang enam jam kemudian. 

“Saya berhenti rehat seketika di Hentian Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan. Kami dilaporkan terdapat juga kesesakan berhampiran Kuala Lipis menuju ke Plaza Tol Gombak,” katanya.

Sementara itu, Mohd. Yusri Abdullah, 45, berkata, dia turut menempuh kesesakan jalan terutamanya di bandar Kuala Krai menuju ke Gua Musang.

Katanya, terdapat beberapa kemalangan kecil melibatkan kenderaan berlaku di beberapa lokasi sehingga mengakibatkan aliran trafik perlahan.

“Kami menjangkakan akan sampai di Kuala Lumpur tengah malam ini kerana saya mendapat maklumat kenderaan menghala ke Lembah Klang semakin bertambah.

“Keadaan trafik sekitar daerah Gua Musang masih lancar walaupun kesesakan berlaku di susur masuk Lingkaran Tengah Utama (LTU) dekat Bandar Baru di sini,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN