KOTA BHARU: Seramai 1,036 individu termasuk dua penjawat awam dan seorang penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ditahan selepas dipercayai terlibat dengan dadah menerusi Operasi Tapis Bersepadu dan Operasi Tapis di negeri ini dalam tempoh 11 hari. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tangkapan yang bermula 17 April sehingga semalam itu turut merampas pelbagai jenis dadah termasuk pil kuda melibatkan nilai keseluruhan lebih RM940,805. Menurutnya, siasatan mendapati, kesemua…










