JOHOR BAHRU: Pengusaha syarikat barangan terpakai dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan cuba memberi rasuah RM500 kepada seorang pembantu penguat kuasa Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), dua tahun lalu. Walau bagaimanapun, tertuduh, Lee Swee Huat, 55, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Berdasarkan kertas pertuduhan, Swee Huat didakwa memberi rasuah sebanyak RM500 kepada seorang pembantu…