Penduduk di tiga buah kampung beraya dengan asap

Penduduk di tiga buah kampung beraya dengan asap

HASNAH Jusoh menunjukkan asap dari tapak perlupusan sampah Kok Bedollah Tumpat, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Penduduk tiga kampung iaitu Kok Bedollah, Sungai Tapang dan Jubakar Pantai berkemungkinan besar terpaksa beraya bersama asap susulan kebakaran yang berlaku di tapak pelupusan sampah di Kampung Kok Bedollah masih belum padam.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati asap masih lagi menyelubungi kawasan kampung berkenaan sekali gus mengganggu urusan harian penduduk termasuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Seorang penduduk dari Kampung Kok Bedollah, Siti Nurul Ain Supian, 35, berkata, kebakaran itu berlaku sejak empat  hari lalu menyebabkan dia terpaksa menutup pintu dan tingkap mengelakkan asap masuk ke dalam rumah.

“Apa yang merisaukan penduduk di sini, tinggal sehari hari lagi  untuk menyambut Aidilfitri. Kika kebakaran itu belum padam berkemungkinan besar kami beraya dalam asap.

“Mahu atau tidak itulah realitanya, namun kami masih berharap agar hujan segara turun supaya dapat membantu memadamkan kebakaran tersebut,” katanya ditemui di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk Hasnah Jusoh, 54, memberitahu, kebakaran itu menyebabkan ada dalam kalangan mereka mula berdepan dengan masalah kesihatan terutama batuk dan sakit tekak.

Katanya, golongan warga emas dan kanak-kanak antara yang paling ramai berdepan dengan masalah tersebut.

Pada waktu siang hari asap dari tapak pelupusan itu berkurangan,  namun pada aktu malam asap sangat tebal sehingga menyukarkan kami untuk bernafas.

“Jika berada di halaman rumah, kami perlu memakai pelitup muka kerana asap tebal boleh menyebabkan sesak nafas,” ujarnya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Kubor, Mohd. Zamri Omar berkata, operasi memadamkan kebakaran di kawasan pelupusan sampah di Kampung Kok Bedullah memasuki hari ke empat hari ini.

Katanya, tapak pelupusan itu seluas 20 hektar dan kawasan terbakar melibatkan 4 hektar.

“Dalam operasi itu seramai 12 pegawai dan anggota berjaya mengawal kebakaran membabitkan separuh daripada keluasan kawasan yang terbakar.

“Turut terlibat dalam operasi ini adalah Majlis Daerah Tumpat (MDT), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan pihak pengurusan pelupusan sampah terbabit,” katanya.

Tambahnya, operasi itu akan diteruskan walaupun terpaksa bertugas pada Aidilfitri nanti.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN