Pekerja cemas kedai emas cuba dirompak

Pekerja cemas kedai emas cuba dirompak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Sekumpulan pekerja sebuah kedai emas di sini berdepan detik cemas selepas premis berkenaan cuba dirompak dua lelaki menggunakan senjata api semalam.

Bagaimanapun kesemua mangsa selamat dan premis berkenaan tidak berdepan kerugian. 

Ketua Polis Daerah Machang Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 2.20 petang.

Menurutnya, semasa kejadian kedua-dua lelaki berpakaian hitam, seluar jeans, bertopi dan memakai pelitup muka serta sarung tangan.

“Pada masa sama, terdapat saksi yang cuba menangkap kedua-dua suspek namun gagal kerana mereka telah berjaya melarikan diri dengan menggunakan motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru tanpa nombor pendaftaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Shafiki memberitahu, rang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil bagi membantu pihak polis.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN