Orang ramai perlu sentiasa peka penyakit berkaitan haba

Orang ramai perlu sentiasa peka penyakit berkaitan haba

ORANG ramai perlu mengetahui cara mengelak dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan haba.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai dinasihatkan sentiasa peka tentang penyakit berkaitan haba disebabkan cuaca panas ketika ini.

Pakar Kesihatan Komuniti Uni­versiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, orang ramai juga perlu mengetahui cara mengelak dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan haba.

“Bagi sektor pekerjaan, me­reka perlu peka isu ini kera­na mereka terdedah dengan isu sama. Sebagai contoh, langkah pencegahan adalah dengan mengurangkan masa bekerja di luar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, pemasangan pe­nyaman udara atau kipas ventilasi boleh dilakukan di pejabat atau kilang dan memantau suhu sekitar pejabat atau ruang kerja,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Terdahulu, sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan setakat kelmarin hasil pemantauan dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, jumlah itu melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.

Menurut Muhammad Radzi, kes-kes berkenaan direkodkan di Perak dan Kedah sebanyak lapan kes, Selangor (6), Johor, Negeri Sembilan dan Pahang (5), Sabah (4), Perlis (2) selain ma­sing-masing satu kes di Pulau Pinang dan Kelantan.

Tambah Sharifa Ezat, kerajaan juga digalakkan memberi subsidi elektrik kerana penggunaan kipas, penyaman udara yang meningkat semasa musim panas ini.

Mengulas lanjut, beliau ber­kata, pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dalam me­laksanakan langkah pencegahan jika suhu melebihi 36 darjah Celsius.

“Pihak sekolah boleh me­ngambil langkah mengelakkan pelajar melakukan aktiviti di luar jika panas. Jika suhu berte­rusan maka elok sekolah ditutup sementara.

“Pelajar yang kurang sihat disaran tidak hadir ke sekolah kerana suhu panas boleh memburukkan keadaan pelajar atau komorbiditi warga emas,” katanya.

Ujarnya, sekolah atau tempat kerja perlu disediakan bilik air atau tempat sesuai untuk mandi jika berhadapan dengan pelajar atau pekerja yang kelesuan haba.

“Mereka juga patut diberi kesedaran dan penerangan cara-cara untuk mengelakkan suhu melampau seperti direkodkan. Terutama sekali pemandu, penunggang motosikal, pekerja kilang atau bengkel yang mungkin mempunyai suasana kerja tidak sihat dan panas,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini