Nahas TLDM: Lukisan BK undang sebak warga maya

Nahas TLDM: Lukisan BK undang sebak warga maya

MOHAMAD FAZARUL Mohamad Zaki menunjukkan lukisannya yang memaparkan 10 mangsa nahas tragedi helikopter TLDM di Lumut, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Lukisan seorang kartunis dikenali sebagai Budak Kartun (BK) yang memaparkan mangsa tragedi helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengundang sebak dan menjadi tular dalam media sosial.

BK atau nama sebenarnya Mohamad Fazarul Mohamad Zaki, 36, memberitahu, tercetus inspirasi untuk melukis ilustrasi mangsa TLDM tersebut selepas melihat sekeping gambar dimuat naik dalam laman sosial Facebook tentang skuadron itu semalam.

“Satu daripada gambar berkenaan memaparkan lima anggota sedang melambai ke arah helikopter yang sedang berlepas ke TLDM Lumut. Gambar berkenaan ditulis dengan kapsyen,

‘Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal. Selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, admin masih mampu bersangka baik.’

“Ketika melukis ilustrasi tersebut saya rasa begitu sebak. Walaupun tidak mengenali anggota yang terkorban, pengorbanan mereka sangat besar dan tragedi tersebut sangat menyentuh hati saya dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Lukisan berkenaan menggambarkan 10 orang yang sedang berjalan mewakili 10 orang anggota yang terkorban.

“Saya juga selitkan kata-kata ‘Selamat Tinggal, Selamat Jalan, Perwira Negara’ yang saya dedikasikan khas buat semua anggota tentera tersebut yang telah pergi buat selama-lamanya dan mengucapkan sejahtera ke atas mereka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN