Musim raya pengangkutan awam paling selamat - WHO

Musim raya pengangkutan awam paling selamat – WHO

WHO menyarankan pengangkutan awam terutama berasas rel pengangkutan paling selamat ketika musim raya. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan petua dan nasihat perjalanan penting bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sempena musim perayaan Aidilfitri.

Perunding Pencegahan Kecederaan dan Keselamatan Jalan Raya di Pejabat Perwakilan WHO ke Malaysia, Brunei dan Singapura, Dr M. Kulanthayan berkata, lima langkah keselamatan disaran WHO  termasuk mengurangkan kelajuan, memakai tali pinggang keledar, menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak, memastikan tidur dan rehat mencukupi serta memilih menggunakan pengangkutan awam.

Menurut beliau, kesan ketara kelajuan terhadap keselamatan jalan raya boleh menyebabkan kemalangan, kecederaan dan lebih buruk kematian.

“Pengurangan kelajuan memberi manfaat berganda iaitu ia membantu mengelak daripada berlakunya kemalangan kerana pada kelajuan rendah, kita mempunyai kawalan dan penumpuan yang lebih baik terhadap kenderaan dan sistem jalan raya.

“Kelajuan rendah boleh membantu mengelak kecederaan dan mengurangkan cedera teruk. Penurunan satu kilometer kelajuan boleh membantu mengurangkan tiga peratus kecederaan akibat kemalangan dan empat hingga lima peratus kematian akibat kemalangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berkenaan pemakaian tali pinggang keledar terhadap semua penumpang, Dr. Kulanthayan menggariskan keberkesanannya dalam menyelamatkan pemandu dan penumpang serta mengurangkan risiko kematian hingga 50 peratus.

Bagi keselamatan kanak-kanak, beliau menekankan keperluan menggunakan kerusi keselamatan berketinggian kurang daripada 135 sentimeter dan berat 36 kilogram.

Beliau turut menggesa orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ketika musim perayaan, sekali gus menyarankan pengendali pengangkutan awam supaya perlu sentiasa menjaga tahap keselamatan di jalan raya kerana mereka membawa penumpang yang ramai.

“Pengangkutan awam merupakan mod pengangkutan paling selamat terutama sistem berasaskan rel kerana perkhidmatan terbabit tidak berkongsi laluan yang sama dengan mod pengangkutan lain.

“Negara-negara global yang mempunyai sistem pengangkutan awam berasaskan rel yang baik merekodkan kemalangan jalan raya dan kematian lebih rendah,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN