KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan sedia memanggil pulang 267 pelajarnya yang sedang mengikuti pengajian di Jordan jika konflik di Asia Barat makin meruncing susulan serangan balas Iran terhadap Israel kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Wan Roslan Wan Hamat berkata, bagaimanapun tindakan tersebut bergantung sepenuhnya kepada perkembangan situasi semasa krisis berkenaan. “Kita sudah ada pengalaman sebelum ini semasa berlaku krisis di Mesir. Ketika itu kita panggil…










