Kes tembak di KLIA: Hafizul ditahan di Kota Bharu

Kes tembak di KLIA: Hafizul ditahan di Kota Bharu

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain semasa tiba ke IPK Kelantan di Kota Bharu semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan Hafizul Harawi yang melepaskan tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 di Kota Bharu, Kelantan semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lelaki itu ditahan di satu kawasan di bandar itu pada kira-kira pukul 3 petang.

“Ya, saya sahkan, lelaki yang melepaskan tembakan di KLIA ditahan di Kota Bharu.
“Lelaki itu ditahan dalam tempoh kira-kira 36 jam selepas insiden di KLIA,” kata beliau.

Sementara itu, satu sumber berkata, polis menjumpai dan merampas sepucuk pistol yang disyaki digunakan Hafizul, 38, semasa melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Terminal 1, KLIA pada pukul 1 pagi Ahad lalu.

Lelaki itu ditahan dalam tempoh kira-kira 36 jam selepas insiden yang mencetuskan pa­nik di pintu masuk negara.

Sumber itu berkata, semasa ditahan berlaku pergelutan antara suspek dengan anggota bertugas.

DITAHAN

“Suspek ditahan di satu kawasan di Kota Bharu yang terletak beberapa meter dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan. Semasa ditahan dia berseorangan,” kata sumber.
Sumber berkata, suspek akan direman hari ini.

Terdahulu,Ketua Polis Sela­ngor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek dikatakan te­lah membeli kereta Honda City warna putih nombor dengan pendaftaran WXU 5666 dengan kaedah sambung bayar beberapa bulan sebelum kejadian tembakan di KLIA.

“Sebab itu kenderaan ter­babit bukan didaftarkan atas nama suspek Hafizul Zarawi kerana kenderaan itu dibeli secara sambung bayar.

“Dalam masa sama kita juga sudah merakam keterangan saksi termasuk isteri suspek bagi membantu siasatan keja­dian tersebut,” katanya.

Kelmarin, Razarudin dila­porkan berkata, polis sudah mengenal pasti kenderaan dinaiki suspek iaitu Honda City warna putih dengan nombor pendaftaran WXU5666.

Dalam kejadian pukul 1.30 pagi kelmarin, seorang pengawal peribadi parah selepas terkena satu daripada dua das tembakan dilepaskan suspek.

Siasatan lanjut polis men­dapati suspek sebenar­nya mahu melepaskan tembakan ke arah isterinya yang dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

Polis berkata, siasatan awal menunjukkan motif kejadian akibat masalah peribadi antara pasangan itu yang memiliki sebuah agensi pelancongan serta dikatakan dalam proses bercerai, dengan mangsa dipercayai di peringkat awal kehamilan.

Dalam kejadian itu, suspek pada mulanya melempar mercun sehingga mencederakan dua orang awam, sebelum menghampiri mangsa yang diiringi dua pengawal peribadi dan melepaskan dua tembakan pada jarak 3m hingga 4m. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN