JPJ Kelantan keluarkan 6,699 notis temusiasat menerusi pemantauan dron

JPJ Kelantan keluarkan 6,699 notis temusiasat menerusi pemantauan dron

MOHD. Misuari Abdullah (kanan) memakaikan topi keledar kepada salah seorang pengguna jalan raya semasa melakukan pemeriksaan motosikal pada Penutup Operasi Penguatkuasaan HRA 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 6,699 notis temusiasat atas pelbagai kesalahan kepada pengguna jalan raya yang dikesan melanggar peraturan menerusi pemantauan udara menggunakan dron sepanjang Ops Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 bermula 1 April hingga semalam.

Pengarahnya Mohd. Misuari Abdullah berkata, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, tidak mematuhi isyarat lalu lintas lampu merah dan memotong barisan.

Menurutnya, kesemua individu yang melakukan kesalahan itu diberikan notis tersebut mengikut Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kita beri tempoh selama 14 hari kepada individu yang melakukan kesalahan ini untuk tampil ke pejabat JPJ.

“Sekiranya mereka ingkar, notis saman akan dikeluarkan terus kepada pelaku,” katanya semasa sidang media Penutup Operasi Penguatkuasaan HRA 2024 di Akademi Pengangkutan Jalan Wilayah Timur di sini sebentar tadi.

 

Mohd. Misuari memberitahu, sepanjang tempoh tersebut 10,318 notis telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya.

Katanya, daripada jumlah tersebut Notis Saman JPJ (P) 22 merekodkan kesalahan paling tinggi iaitu 9,122 kes, diikuti notis sita Seksyen 64 (1) sebanyak 412 dan notis larangan penggunaan kenderaan (404).

“Selain itu notis arahan periksa Seksyen 61 (1) sebanyak 233 kes, notis temusiasat (134, bukan melalui pemantauan dron), notis arahan timbang Seksyen  63 (1)  iaitu lapan kes dan permintaan butir-butir pemandu Seksten 23 (5).

“Kita akan meneruskan lagi operasi dalam memastikan pengguna mematuhi arahan dan undang-undang jalan raya sekali gus mencapai matlamat mengurangkan kadar kemalangan 50 peratus menjelang 2030,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN