Inap desa jadi pilihan berbanding hotel

Inap desa jadi pilihan berbanding hotel

ORANG ramai lebih memilih inap desa kerana boleh memuatkan kapasiti lebih besar manakala hotel terhad dengan undang-undang yang telah ditetapkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Masalah kewangan dihadapi rak­yat susulan kos sara hidup tinggi menjadi faktor utama kekurangan permintaan bilik hotel menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Presiden Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA), Dr. Sri Ganesh Michiel berkata, kenaikan kadar cukai jualan dan perkhid­matan (SST) sebanyak dua peratus bukanlah punca utama berlaku penurunan permintaan hotel sewaktu musim perayaan.

“Terdapat peningkatan permintaan penginapan menjelang musim perayaan, namun hotel menjadi pilihan ter­akhir berbanding pusat penginapan tidak berdaftar seperti inap desa dan Airbnb.

“Orang ramai lebih memilih inap desa kerana boleh memuatkan kapasiti lebih besar manakala hotel terhad dengan undang-undang yang telah ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN