Hujan lebat di Melaka tingkat paras air empangan

Hujan lebat di Melaka tingkat paras air empangan

KPDN mengadakan Program Jualan Rahmah (PJR) Adilifitri melibatkan 302 lokasi di seluruh negara. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Hujan lebat di Malaka sejak Jumaat lalu mengurangkan kesan cuaca panas disebabkan fenomena El Nino dalam tempoh Ramadan ketika ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan, hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di negeri ini terutama pada waktu petang, sehingga Sabtu.
Bacaan suhu maksimum dianggarkan 34 darjah Celsius manakala suhu minimum sekitar 24 darjah Celsius.

Perkembangan positif mele­gakan rakyat negeri ini yang khuatir berkenaan catuan bekalan air menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Kerajaan negeri memberi jaminan bahawa bekalan air mencukupi terutama semasa sam­butan Syawal minggu depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, paras air di tiga empangan utama iaitu Empangan Durian Tunggal, Empangan Jus dan Empangan Asahan masih stabil iaitu melebihi 80 peratus.

“Sebenarnya kita belum sampai tahap kritikal kerana ke­semua empangan melebihi 80 peratus dan kita juga menerima hujan dua hari berturut-turut, jadi saya melihat sekiranya ada kenaikan paras takungan air di kesemua empangan.

“Setakat ini, Melaka tidak masuk dalam kategori membimbangkan,” katanya.

Peniaga bazar Ramadan, Abdul Halim Kasim, 58, berkata, cuaca waktu petang lebih mendung berbanding sebelum ini yang mana sinaran terik matahari berpanjangan sehingga pukul 6 petang.

Ujarnya, walaupun hujan lebat menyukarkan perniagaan di bazar Ramadan, situasi itu lebih baik berbanding kemarau teruk sehingga membawa kepada catuan bekalan air seperti mana berlaku pada 2020. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×