Hafizul masih sayangkan isteri

Hafizul masih sayangkan isteri

HAFIZU Hawari dikawal ketat anggota Bahagian Siasatan Khas (D9) tiba di pekarangan Mahkamah Kota Bharu, Kelantan hari ini-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Suspek kes tembak di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1), Sepang mendedahkan dia masih menyayang isterinya Farah Md. Isa.

Hafizul Harawi, 38, membuat pengakuan itu dihadapan sekumpulan wartawan sebaik tiba di Kompleks Mahkamah Kota Bharu di sini hari ini untuk prosiding sambung reman.

“Assalamualaikum, saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md. Isa,” katanya.

Terdahulu, Hafizul yang dikawal ketat anggota Bahagian Siasatan Khas (D9) tiba di pekarangan mahkamah dengan trak polis memakai baju lokap oren kira-kira pukul 8.38 pagi tadi.

Sebelum ini, suspek direman selama tujuh hari bermula 16 April lalu sehingga hari ini untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, selepas melarikan diri lebih 36 jam, suspek Hafizul yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA, Sepang ditahan polis pada Isnin minggu lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek ditahan di depan sebuah hospital swasta di sini kira-kira pukul 3 petang.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN