DUN Kelantan tunggu keputusan Bersatu tentukan nasib Mohd. Azizi

DUN Kelantan tunggu keputusan Bersatu tentukan nasib Mohd. Azizi

MOHD. Amar Nik Abdullah (dua dari kanan) mengagihkan sampul raya kepada kanak-kanak yang hadir pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pas Kawasan Pengkalan Chepa di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hari ini. UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan menunggu keputusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menentukan nasib Mohd. Azizi Abu Naim sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri selepas beliau menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.

Speaker DUN Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beliau difahamkan Bersatu akan mengutus surat rasmi kepada Mohd. Azizi  dan jawapan yang diberikan akan menjadi penentu masa depannya selepas ini.

“Jika Bersatu putuskan Mohd. Azizi bukan lagi ahli mereka kerana telah melanggar perlembagaan parti maka DUN akan bertindak mengikut peraturan diperuntukkan,” katanya ketika ditemui pada Jamuan Hari Raya Aidilfitri Pas Kawasan Pengkalan Chepa, di sini hari ini.

ADUN Panchor itu memberitahu, sejurus mendapat makluman daripada Bersatu, perkara tersebut akan dibincangkan dan dilihat dari sudut perundangan dan sebagainya kerana ia melibatkan isu-isu teknikal.

Katanya, hanya dua kuasa eksekutif iaitu mahkamah dan Speaker Dewan Rakyat (Parlimen) atau Speaker DUN (negeri) yang boleh memutuskan sama ada kerusi tersebut perlu dikosongkan atau tidak.

“Isu enam wakil rakyat Bersatu adalah isu teknikal berkaitan undang-undang yang memerlukan tafsiran mahkamah dan speaker.

“Dua kuasa eksekutif itulah yang akan memastikan gugur atau tidak jawatan wakil rakyat terlibat. Jadi kita perlu dan lihat perkembangannya nanti,” ujarnya.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Gua Musang dari Perikatan Nasional (PN) Mohd. Aziz Abu Naim secara rasmi mengisytiharkan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sokongan terbuka itu dinyatakan oleh Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Gua Musang menerusi satu kenyataan media yang dimuat naik menerusi laman sosial rasminya sebentar tadi.

Mohd. Azizi berkata, keputusan itu bertujuan untuk memastikan kebajikan penduduk di Parlimen Gua Musang akan terbela dan terus mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan kemudahan infrastruktur.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN