Dasar, polisi industri padi dan beras perlu dilihat semula

Dasar, polisi industri padi dan beras perlu dilihat semula

LEBIH 12,000 tan metrik padi masih belum diproses `tersadai’ di tiga buah kilang Dibuk Sdn. Bhd., Kangar, Perlis ketika tinjauan dibuat, baru-baru ini. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan perlu melihat semula dasar dan polisi industri padi dan beras supaya kilang-kilang padi Melayu terus bertahan pada masa akan datang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Exco Tugas-tugas Khas Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH), Abdul Rashid Yob berkata, tindakan kerajaan yang tidak menetapkan polisi industri beras secara adil menyebabkan industri besar beras memonopoli perniagaan.

“Jika dulu, ada 200 buah kilang padi Melayu tetapi kini hanya tinggal 11 buah kilang sahaja dan mereka juga dalam situasi nyawa-nyawa ikan.

“Ini kerana, kerajaan tidak ambil cakna dengan polisi sehingga menyebabkan pengilang kecil tidak dapat bersaing,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, monopoli belian padi oleh pengilang beras ‘gergasi’ mengakibatkan ramai pengusaha bumiputera gulung tikar kerana mereka gagal memperoleh belian padi untuk menampung kos operasi kilang masing-masing.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan, kilang-kilang padi Melayu mungkin hanya tinggal nama dan semakin sukar untuk bertahan berikutan terpaksa menanggung kerugian besar ekoran permainan harga belian padi melibatkan kilang-kilang besar.

Kilang-kilang besar yang juga mempunyai syarikat pemborong beras sendiri lazimnya bersaing sesama sendiri dengan membeli padi dengan harga tinggi antara RM1,800 hingga RM2,100 bagi satu tan metrik.

Namun, Abdul Rashid berkata, kekurangan kilang-kilang Melayu akan menyekat para petani untuk berurusan dengan pengilang terutama yang berada di luar Kedah seperti Kelantan, Johor, Melaka dan sebagainya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN