Anggota polis terlibat kemalangan maut di Durian Tunggal telah

Anggota polis terlibat kemalangan maut di Durian Tunggal telah ditahan

ZAINOL SAMAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Anggota polis yang terlibat kemalangan maut dengan seorang penunggang motosikal di Jalan Gangsa-Kesang, Durian Tunggal di sini awal pagi Rabu lalu telah ditahan pukul 9 pagi tadi bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah memaklumkan, anggota berpangkat koperal berusia 37 tahun itu ditahan di Pejabat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis (IPD) Alor Gajah.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya menerima enam laporan berkaitan insiden dan tiga rakaman percakapan dilakukan melibatkan saksi serta ahli keluarga mangsa.

“Tangkapan terhadap anggota polis yang terlibat dalam kemalangan tersebut juga telah dijalankan hari ini dan ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati, anggota berkenaan bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

“Kes telah diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana kesalahan memandu sehingga menyebabkan kematian yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, jika disabitkan kesalahan.

“Polis Melaka akan memastikan siasatan dijalankan secara telus dan profesional serta berharap agar orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut dapat menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Alor Gajah di talian 06-5563222 bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita.

Kelmarin, seorang remaja maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh kenderaan pacuan empat roda polis jenis Hilux di Jalan Gangsa-Kesang.

Dalam kejadian pada pukul 2.56 pagi itu, mangsa, Mohammad Khairul Basahri, 18, dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Nahas dipercayai berlaku ketika pihak polis sedang melakukan rondaan cegah lumba haram susulan menerima aduan daripada penduduk setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN