54 banduan terlepas hukuman mati, jalani hukuman penjara 30 hingga 38 tahun

54 banduan terlepas hukuman mati, jalani hukuman penjara 30 hingga 38 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 54 banduan kes dadah dan bunuh terlepas hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Mahkamah Tinggi di sini menggantikan hukuman tersebut dengan penjara antara 30 hingga 38 tahun.

Panel tiga hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama-sama Ketua Hakim Sabah dan Sarawak serta Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Nordin Hassan. 

Dalam keputusan itu, banduan kes dadah dikenakan hukuman penjara selama 30 tahun manakala 35 hingga maksimum 38 tahun bagi kes bunuh.

Keputusan itu dibuat selepas mahkamah menerima permohonan kesemua tertuduh yang dibuat mengikut Seksyen 3(1) Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023. 

Persidangan Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Mahkamah Tinggi di sini bermula semalam dan hari ini melibatkan enam kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan 48 kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Semalam, persidangan itu mengetapikan sebanyak lima kes bunuh dan 23 kes dadah manakala satu tertuduh kes bunuh selain 25 kes lagi kes dadah pada hari ini.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Fuad Abdul Aziz dan Norzilati Izhani Zainal@Zainol manakala tertuduh diwakili peguam yang dilantik oleh pihak mahkamah.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN