PETALING JAYA: Kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak dua peratus daripada enam kepada lapan peratus bermula hari ini tidak melibatkan barangan dan perkhidmatan yang selalu diperlukan rakyat berpendapatan sederhana dan rendah. Ini kerana kenaikan tersebut tidak membabitkan keperluan asas atau harian seperti makanan dan minuman, tempat letak kenderaan, telekomunikasi, logistik, penggunaan elektrik bawah 600 kilowatt-jam (kWj) dan perkhidmatan air dirawat tidak terkesan. Sebaliknya, SST lapan peratus tersebut hanya…