TAMPIN: Bagi meraih keberkatan bulan Ramadan seorang pemilik kedai makan mengambil pendekatan menarik dengan menawarkan hidangan bufet berbuka puasa dengan harga serendah RM10. Pemilik kedai makan Lomak Salai di sini, Hafizuddin Bujang, 30, berkata, harga yang ditawarkan itu adalah khusus untuk kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun serta warga emas berusia 60 tahun ke atas. Menurutnya, bagi kanak-kanak berusia enam tahun ke bawah pula, tiada bayaran yang dikenakan. “Kami mengenakan…










