JAKARTA: Pasukan penyelamat di Indonesia menemukan empat mayat termasuk dua kanak-kanak selepas tanah runtuh dan banjir melanda Kampung Cibenda di Provinsi Jawa Barat manakala enam lagi masih hilang. Kampung berkenaan ditenggelami air sebelum tengah malam pada petang Ahad selepas hujan lebat berjam-jam ketika ramai penduduk kampung sedang tidur. Menurut Ketua Agensi Mitigasi Bencana Tempatan, Meidi, seramai 10 orang pada mulanya dilaporkan hilang dan berpuluh-puluh rumah rosak, memaksa ratusan orang berpindah.…










