Sayang persahabatan Ruhainies sedia berbincang dengan Bella

Sayangkan persahabatan, Ruhainies sedia berbincang dengan Bella Astillah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sekian lama mengunci mulut, pelakon, Ruhainies, 31, akhirnya tampil mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi membabitkannya dengan pelakon, Aliff Aziz.

Menerusi perkongsian di Instagram, pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah itu memohon maaf kerana mendiamkan diri berhubung dakwaan ditangkap berkhalwat dengan Aliff dan sedia bertemu empat mata dengan isteri pelakon itu, Bella Astillah bagi mencari jalan penyelesaian terhadap situasi tersebut.

“Saya ingin memohon maaf kerana membiarkan perkara ini berlarutan tanpa kenyataan dan menyebabkan beberapa pihak memanipulasi pelbagai fakta yang tidak benar dan tidak tepat.

“Saya sayangkan persahabatan saya dengan Bella dan saya berharap agar dia dan aliff tidak akan berpisah.

“Saya juga bersedia untuk berbincang dengan Bella apabila dia sudah bersedia,” katanya.

Bella pada Isnin lepas memfailkan permohonan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Permohonan itu difailkan selepas Aliff sekitar awal pagi Sabtu ditangkap khalwat dengan Ruhainies di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.

Kedua-duanya bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan dan akan dibicarakan di mahkamah dalam masa terdekat.

Ruhainies dalam kenyataan sama menegaskan dia dan Aliff hanya kawan biasa dan keduanya ketika ini sedang bekerjasama menjayakan sebuah drama.

“Aliff merupakan rakan dan kenalan keluarga saya termasuk adik beradik saya sejak 10 tahun lepas,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Ruhainies juga menegaskan keberadaan Aliff di kondominium itu pada masa kejadian adalah atas jemputan untuk makan malam bersama dia, keluarganya serta rakan terdekat.

“Pada hari itu, saya baru selesai menjalani penggambaran dan konvoi bersama pembantu peribadi saya menuju ke rumah.

“Hari itu juga, adik beradik saya memang merancang untuk tidur di rumah. Jadi, kami rancang untuk makan bersama dengan beberapa rakan yang lain.

“Jadi, memandangkan Aliff juga baru selesai menjalani penggambaran, saya jemput dia untuk turut serta kerana dia juga mengenali keluarga serta adik beradik saya sejak 10 tahun lalu. Aliff bersetuju sebab dah lama tak berjumpa mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Ruhainies juga menegaskan dia dan Aliff pada pagi tersebut hanya diminta memberi keterangan sepanjang proses siasatan yang dilakukan pihak Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI).

Katanya, dia dan Aliff hanya mematuhi prosedur yang perlu dilakukan pihak berkuasa dan sekadar memberi keterangan kepada JAWI.

“Saya mengakui kekhilafan saya di sisi agama, kerana berada dalam situasi itu yang mana sekali gus menimbulkan syak wasangka yang seharusnya dapat dielakkan.

“Siasatan telah dijalankan oleh pihak JAWI dan saya berikan kepercayaan penuh terhadap mereka.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak JAWI atas kerjasama, penjagaan penuh yang diberikan kepada saya semasa kejadian tersebut berlaku, dan siasatan telus yang telah dibuat oleh pihak JAWI,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN