Saya rela hilang jawatan – Akmal

Saya rela hilang jawatan – Akmal

MUHAMAD AKMAL SALEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, beliau lebih rela kehilangan jawatan daripada melepaskan tanggungjawab membela agama Islam dalam isu penjualan stoking yang menghina kalimah Allah.

Beliau juga tidak peduli dengan asakan daripada pelbagai pemimpin parti lain dalam isu tersebut kerana yakin tindakan diambil adalah selaras dengan perjuangan UMNO yang mempertahankan hak dan maruah orang Melayu dan Islam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, beliau berkata, walaupun ‘perjuangan’ mempertahankan kalimah suci itu akan memberi kesan kepada hubungan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan tetapi agama Islam tetap teguh terpelihara.

KESAN

“Tipulah tak ada kesan sebab itu saya beritahu, kalau kamu buat untuk tidak memboikot di kala orang Islam marah dan gesa untuk memboikot, ia memang akan memberi kesan. Saya tidak kisah DAP atau mana-mana menteri mahu serang saya, tetapi saya bercakap, saya berdiri atas agama saya.

“Saya tidak kisah dan rakyat boleh menilai. Kalau Nga Kor Ming kata bila saya buat begini boleh hilang sokongan, saya nak beritahu mereka ini cara UMNO bila ada pihak yang persendakan agama Islam.

“Saya rela hilang jawatan, tanggungjawab sudah saya laksanakan untuk bela agama saya. Jawatan ini nombor dua,” kata­nya ketika dihubungi, semalam.

Beberapa pemimpin utama negara mengasak Akmal yang berterusan membuat kenyata­an tegas berhubung isu tersebut meskipun pengendali kedai rangkaian serbaneka, KK Supermart & Superstore Sdn. Bhd. sudah membuat permohonan maaf.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, DAP tidak bersetuju dengan pendekatan Akmal dalam isu tersebut dengan mempersoalkan sama ada Ketua Pemuda UMNO itu akan bertindak demikian sekiranya isu tersebut melibatkan syarikat milik orang Islam.

“Kalaulah kes yang berlaku hari ini adalah melibatkan orang Melayu, kita akan boikot lebih teruk daripada ini dan adakah DAP dan MCA akan pertahankan apa yang kita buat?

“Yang bangkitkan isu ini adalah mereka, kita tidak serang, kita tidak sentuh agama orang lain, tetapi orang lain yang sentuh agama kita dan kita respon. Kenapa perlu risau? soalnya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peniaga diingatkan untuk mengambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan, susulan penjualan stoking tertera kalimah Allah oleh KK Mart.

Katanya, perkara sensitif yang terkandung dalam 3R (agama, institusi diraja dan kaum) itu, tidak harus dipandang ringan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN